Tuesday, September 14, 2010

Kejohanan Kabaddi Piala Merdeka 2010

Pada 31 Ogos 2010 Kejohanan Kabaddi Piala Merdeka telah diadakan di Padang Awam Bestari Jaya bermula pada pukul 9.00 pagi. Kejohanan ini adalah anjuran bersama Penggerak Belia Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor, Persatuan Kabaddi Daerah Kuala Selangor, dan Majlis Kelab Bell Belia Tamil Daerah Kuala Selangor. Sebanyak 11 pasukan dari sekitar Bestari Jaya telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Kejohanan ini dirasmikan oleh Setiausaha MDKS En. Azahari dan perasmian penutup disempurnakan oleh ADUN Kawasan Jeram, merangkap Ketua UMNO Kuala Selangor YB. Dato’ Amiruddin Bin Setro DPMS., ASA., dan Penyelaras BN DUN Ijok YB. Cikgu K.R. Parthiban PJK. Pasukan Kuala Selangor telah menjadi johan dalam kejohanan ini. Naib Johan adalah Pasukan Taman Kilauan dan Tempat ketiga adalah pasukan 4S. Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat setempat dan majlis berakhir pada pukul 6.00 petang.


Setiausaha MDKS Encik Azahari telah merasmikan kejohanan ini.

Setiausaha MDKS Encik Azahari memberi motivasi kepada pasukan-pasukan yang hadir.

Pasukan Kuala Selangor bersama En. S. Govindarajoo (Pengerusi Persatuan Kabaddi Daerah Kuala Selangor dan juga jurulatih bertauliah peringkat kebangsaan)


YB. Dato’ Amiruddin Bin Setro sedang besalam dengan Pasukan Kuala Selangor




 Cikgu K.R. Parthiban menyampaikan hadiah kepada Pasukan Kuala Selangor
 Pasukan Kuala Selangor yang menjadi Johan bersama dengan tetamu-tetamu kehormat
Pengerusi PKDKS En. S. Govindarajoo telah diberi penghargaan dan penghormatan

Saturday, September 4, 2010

MSSS 2010, Kuala Kubu Bharu


Pada 7 dan 8 Ogos MSS Selangor telah mengadakan Kejohanan Kabaddi untuk kategori Lelaki 12, Perempuan 12, Lelaki 18 dan Perempuan 18 di Stadium Mini, Kuala Kubu Bharu. Pasukan Perempuan 12 Kuala Selangor telah menjadi Johan manakala Lelaki 12 pula menjadi Naib Johan pada kejohanan tersebut.
Pasukan Lelaki 12 tahun MSSD Kuala Selangor yang telah menjadi Naib Johan
Pasukan Perempuan 12 tahun MSSD Kuala Selangor yang telah menjadi Johan
Pengurus En. M. Angamuthu dan Jurulatih En. Ganesh memberi motivasi semasa time out.

 
Pemain terbaik Perempuan 12 Tahun adik Shalini a/p Krishnan bersama En. S. Govindarajoo, Pengerusi Persatuan Kabaddi Daerah Kuala Selangor
Pasukan Perempuan 15 Tahun MSSD Kuala Selangor

Pasukan Lelaki 15 Tahun MSSD Kuala Selangor