Tuesday, September 20, 2011

Kejohanan Kabaddi MSSD Kuala Selangor 2011

Pada 19 dan 20 Julai 2011 telah diadakan Kejohanan Kabaddi MSSD Kuala Selangor 2011 di Padang Ladang Raja Musa, Kuala Selangor. SJKT Ladang Raja Musa telah menjadi pengelola kejohanan ini. Kejohanan ini adalah anjuran bersama SJKT Ladang Raja Musa, Persatuan Kabaddi Daerah Kuala Selangor dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor.
Pada 19 Julai 2011, kejohanan untuk sekolah rendah telah dirasmikan oleh En. R. Vallikannan, Penyelia Sekolah Tamil Jabatan Pelajaran Negeri Selangor manakala penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pemuda MIC Kebangsaan merangkap Presiden Persatuan Kabaddi Selangor Yang Berbahagia En. T. Mohan KMN, PMP, PJK. dan Penyelaras BN DUN Ijok  Yang Berbahagia En. K.R. Parthiban AMN, PJK.
Sebanyak 14 pasukan lelaki dan 7 pasukan perempuan telah mengambil bahagian dalam kejohanan hari pertama ini. Keputusan adalah seperti berikut:

Kategori Lelaki 12 Tahun dan Ke Bawah
Johan          : SJKT Bestari Jaya A
Naib Johan : SJKT Ladang Sungai Buluh
Ketiga        : SJKT Ladang Raja Musa dan SJKT Ladang Kuala Selangor A
Pemain terbaik : Adik Ramki a/l Angamuthu

Kategori Perempuan 12 Tahun dan Ke Bawah
Johan          : SJKT Bestari Jaya A
Naib Johan : SJKT Ghandiji
Ketiga        : SJKT Ladang Raja Musa dan SJKT Vageesar A
Pemain terbaik : Adik Deneswary a/p Pluvendran

Pada 20 Julai 2011, kejohanan untuk sekolah menengah telah dirasmikan penutup oleh YB Tuan Sulaiman Bin Abdul Razak, ADUN Kawasan Permatang.
Sebanyak 5 pasukan lelaki B15, 3 pasukan perempuan B15, 7 pasukan lelaki B18 dan 3 pasukan perempuan B18 telah mengambil bahagian dalam kejohanan hari kedua ini. Keputusan adalah seperti berikut:

Kategori Lelaki 15 Tahun dan Ke Bawah
Johan          : SMK Sultan Abdul Aziz 
Naib Johan : SMK Seri Tanjong
Ketiga        : SMK Pengkalan Permatang A dan SMK Saujana Utama
Pemain terbaik : Adik Tharumarajan a/l Govinthan

Kategori Perempuan 15 Tahun dan Ke Bawah
Johan          : SMK Sultan Abdul Aziz
Naib Johan : SMK Seri Tanjong
Ketiga        : SMK Rantau Panjang
Pemain terbaik : Adik Logamba a/p Bubalen

Kategori Lelaki 18 Tahun dan Ke Bawah
Johan          : SMK Pengkalan Permatang A  
Naib Johan : SMK Seri Tanjong
Ketiga        : SMK Sultan Abdul Aziz dan SMK Saujana Utama A
Pemain terbaik : Adik Velan a/l Devendran

Kategori Perempuan 15 Tahun dan Ke Bawah
Johan          : SMK Seri Tanjong
Naib Johan : SMK Saujana
Ketiga        : SMK Sultan Abdul Aziz
Pemain terbaik : Adik Nagamany a/p Krishnan




































Wednesday, June 15, 2011

Mencipta Sejarah

Pertama kali dalam sejarah PKDKS Agilan dan Logamba dari Daerah Kuala Selangor mewakili pasukan Kabaddi Selangor telah memenangi pingat emas dalam SUKMA 2011 di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Bersama Presiden dan juga jurulatih bertauliah PKDKS, En S. Govindarajoo
serta setiauhasa En. V. Murali.



Bersama Presiden PKDKS, En S. Govindarajoo
dan jurulatih Selangor En. Akilan.

Monday, April 18, 2011

Kejohanan Tamilar Kalaachara Peruvizha 2011

Pada 17 April 2011 (Hari Ahad) Sambutan Pesta Kebudaan tamil telah diadakan di Padang Assam Jawa, Kuala Selangor. Pelbagai acara dipertandingkan seperti kabaddi, melukis, kolam, ponggal, tarik tali, pecah belanga dan lain-lain lagi.
Dalam pesta tersebut Kabaddi telah dipertandingkan. Empat pasukan telah mengambil bahagian. Pasukan STP Boys menjadi johan (RM 500), Pasukan KKS naib johan (RM 300) dan Pasukan Adavadi serta Maranaadi mendapat tempat ketiga yang memenangi wang tunai RM 100 setiap pasukan.





Thursday, April 14, 2011

Kejohanan Kabaddi Antara Daerah Selangor 2011 (21 tahun dan ke bawah)

Pada 10 April 2011 Kejohanan Kabaddi Antara Daerah Selangor 2011 (21 tahun dan ke bawah) bagi kategori lelaki dan perempuan telah dianjurkan oleh Pesatuan Kabaddi Daerah Petaling di Dataran Petaling Jaya dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Bagi kategori lelaki enam daerah telah menyertai kejohanan ini manakal bagi kategori perempuan lima daerah telah mengambil bahagian. Kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan dari PKDKS telah memenangi tempat ketiga menerima pingat, sijil pencapaian dan juga wang tunai RM 100.00.





Kejohanan Sukan Rakyat Bestari Jaya 2011

Pada 13 Mac 2011 Kejohanan Sukan Rakyat diadakan di Bestari Jaya atas usaha Ahli Majlis, En. Thirumoorthy. Beberapa acara dipertandingkan seperti Kabaddi, Futsal, Bola Jaring dan juga Tarik Tali. Pertandingan Kabaddi dibuat di bawah bimbingan PKDKS.
Dalam pertandingan Kabaddi tersebut pasukan KKS menjadi johan, manakala pasukan Kilauan mendapat naib johan.