Monday, April 18, 2011

Kejohanan Tamilar Kalaachara Peruvizha 2011

Pada 17 April 2011 (Hari Ahad) Sambutan Pesta Kebudaan tamil telah diadakan di Padang Assam Jawa, Kuala Selangor. Pelbagai acara dipertandingkan seperti kabaddi, melukis, kolam, ponggal, tarik tali, pecah belanga dan lain-lain lagi.
Dalam pesta tersebut Kabaddi telah dipertandingkan. Empat pasukan telah mengambil bahagian. Pasukan STP Boys menjadi johan (RM 500), Pasukan KKS naib johan (RM 300) dan Pasukan Adavadi serta Maranaadi mendapat tempat ketiga yang memenangi wang tunai RM 100 setiap pasukan.





Thursday, April 14, 2011

Kejohanan Kabaddi Antara Daerah Selangor 2011 (21 tahun dan ke bawah)

Pada 10 April 2011 Kejohanan Kabaddi Antara Daerah Selangor 2011 (21 tahun dan ke bawah) bagi kategori lelaki dan perempuan telah dianjurkan oleh Pesatuan Kabaddi Daerah Petaling di Dataran Petaling Jaya dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Bagi kategori lelaki enam daerah telah menyertai kejohanan ini manakal bagi kategori perempuan lima daerah telah mengambil bahagian. Kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan dari PKDKS telah memenangi tempat ketiga menerima pingat, sijil pencapaian dan juga wang tunai RM 100.00.





Kejohanan Sukan Rakyat Bestari Jaya 2011

Pada 13 Mac 2011 Kejohanan Sukan Rakyat diadakan di Bestari Jaya atas usaha Ahli Majlis, En. Thirumoorthy. Beberapa acara dipertandingkan seperti Kabaddi, Futsal, Bola Jaring dan juga Tarik Tali. Pertandingan Kabaddi dibuat di bawah bimbingan PKDKS.
Dalam pertandingan Kabaddi tersebut pasukan KKS menjadi johan, manakala pasukan Kilauan mendapat naib johan.