Pada 31 Ogos 2010 Kejohanan Kabaddi Piala Merdeka telah diadakan di Padang Awam Bestari Jaya bermula pada pukul 9.00 pagi. Kejohanan ini adalah anjuran bersama Penggerak Belia Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor, Persatuan Kabaddi Daerah Kuala Selangor, dan Majlis Kelab Bell Belia Tamil Daerah Kuala Selangor. Sebanyak 11 pasukan dari sekitar Bestari Jaya telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Kejohanan ini dirasmikan oleh Setiausaha MDKS En. Azahari dan perasmian penutup disempurnakan oleh ADUN Kawasan Jeram, merangkap Ketua UMNO Kuala Selangor YB. Dato’ Amiruddin Bin Setro DPMS., ASA., dan Penyelaras BN DUN Ijok YB. Cikgu K.R. Parthiban PJK. Pasukan Kuala Selangor telah menjadi johan dalam kejohanan ini. Naib Johan adalah Pasukan Taman Kilauan dan Tempat ketiga adalah pasukan 4S. Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat setempat dan majlis berakhir pada pukul 6.00 petang.
Setiausaha MDKS Encik Azahari telah merasmikan kejohanan ini. |
Setiausaha MDKS Encik Azahari memberi motivasi kepada pasukan-pasukan yang hadir. |
Pengerusi PKDKS En. S. Govindarajoo telah diberi penghargaan dan penghormatan
No comments:
Post a Comment